- Home
- Health Center
- Health Info
- Mari Kita Kenali Pil Perancang
Perancang
Mari Kita Kenali Pil Perancang


Tahukah anda mengapa pakar farmasi panggil “Pil Pelan B” sebagai “Pil kecemasan” (Emergency Contraceptive Pills, ECP)? Ini kerana ECP hanya boleh digunakan semasa waktu kecemasan sahaja iaitu sejurus selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.
ECP tidak boleh digunakan dengan kerap kerana:
- ECP tidak berfungsi seperti pil perancang yang lain.
- ECP boleh menyebabkan kesan sampingan seperti rasa loya dan pendarahan di luar waktu haid.
Ada dua jenis ECP di farmasi:
- Ulipristal Acetate: ECP yang paling berkesan sekiranya diambil dalam masa 120 jam atau 5 hari selepas seks yang tidak dilindungi.
- Levonorgestrel: Berkesan dalam masa 72 jam atau 3 hari selepas seks yang tidak dilindungi.
ECP yang manakah sesuai untuk anda?
- Bila kali terakhir anda melakukan hubungan seks tanpa perlindungan?
Pil Levonorgestrel tidak lagi berkesan jika sudah melebihi 72 jam atau 3 hari selepas seks. Jika masih dalam masa 120 jam atau 5 hari, anda masih boleh mengambil pil Ulipristal Acetate.
- Apakah berat badan anda?
Levonorgestrel kurang berkesan untuk wanita yang beratnya melebihi 70kg. Bagi mereka yang mempunyai berat badan tidak melebihi 88.5kg, Ulipristal Acetate adalah pil yang paling sesuai dan lebih berkesan.
- Adakah anda menyusu anak sekarang?
Levonorgestrel boleh diambil oleh ibu yang sedang menyusu anak kerana ubat ini tiada kesan sampingan kepada susu badan ibu. Bagi ibu yang sedang menyusukan anak, sepanjang tempoh 36 jam selepas pengambilan Ulipristal Acetate, susu badan perlu dipam keluar dan dibuang.
Ini membawa kita kepada topik utama: Pil Perancang Keluarga atau oral contraceptive pills (OCP). Terdapat dua jenis pil perancang keluarga iaitu:
- Combined Oral Contraceptive (COC)
Pil ini mengandungi dua hormon: Estrogen and Progestin.
- Mini Pill atau Progestogen Only Pill (POP)
Jenis ini mengandungi 1 jenis hormon sahaja iaitu Progestogen.
OCP mana yang sesuai untuk anda?
Biasanya, COC adalah pilihan yang lebih baik kerana COC mempunyai jangka masa makan yang panjang. Jika anda terlupa untuk mengambil COC melebihi 24 jam selepas dos yang terakhir, baru ianya dikira sebagai “missed pills”. Manakala, POP pula mempunyai jangka masa makan yang lebih singkat kerana ianya sudah dikira sebagai “missed pills” jika anda terlupa mengambil ubat ini lebih daripada 3 hingga 12 jam selepas dos yang terakhir (bergantung kepada jenis POP). COC juga lebih sesuai untuk wanita yang mempunyai masalah jerawat.
Walaubagaimanapun, POP lebih sesuai untuk wanita yang ada masalah berikut:
- Risiko darah beku: COC meningkatkan risiko venous thromboembolism
- Migrain: Terutamanya migrain dengan aura (gangguan deria seperti gangguan visual, sensitif kepada cahaya atau bunyi)
- Darah tinggi
- Risiko tinggi penyakit jantung: COC meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.
- Menyusu anak: COC memberi kesan buruk terhadap isi padu susu badan.
COC dan POP boleh didapati dalam beberapa formulasi yang berbeza.
Contohnya, COC terdapat dalam:
- Pek saiz yang ada 21 atau 28 biji pil.
- Dos yang berbeza (contoh: 20 hingga 35 microgram ethinylestradiol).
- Pelbagai jenis progestin (contoh: Desogestrel, Drosperinone, Levonorgestrel).
Sebelum anda mula mengambil pil perancang keluarga, sila dapatkan nasihat daripada pakar farmasi terlebih dahulu untuk memastikan jenis pil perancang yang bersesuaian dengan anda.
Rujukan:
- Plannedparenthood.org. 2021. Morning-After Pill | Emergency Contraception | Cost & Info. [online] Available at: <https://www.plannedparenthood.org/learn/morning-after-pill-emergency-contraception> [Accessed 30 January 2021].
- Bpac.org.nz. 2021. Oral contraceptives: selecting a pill – bpacnz. [online] Available at: <https://bpac.org.nz/2019/contraception/oral-contraceptives.aspx> [Accessed 30 January 2021].
- Mayo Clinic. 2021. Choosing a birth control pill. [online] Available at: <https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/birth-control/in-depth/best-birth-control-pill/art-20044807#:~:text=This%20type%20of%20pill%20contains%20only%20progestin.,dose%20in%20any%20combination%20pill.> [Accessed 30 January 2021].
Tags
Latest Health Info
Flu Vaccines: Should we go North or South?
Flu shots are very much like seasonal fashion trends—every year, they get updated to match what’s “in” (or in this ...
Bye-Bye Belly: The Ultimate Guide to Weight Loss Supplements
Losing weight and keeping it off can feel like a big challenge in today’s fast-paced world. With sedentary routines, high ...
From Loss to Gain: The Battle with Weight Rebound
Weight rebound, often called the yo-yo effect, happens when you regain weight after losing it. This typically occurs when people ...