- Home
- Health Center
- Health Info
- Fakta Atau Auta: Ubat Batuk Pholcodine Memudaratkan Kesihatan Kita. Betul Ke?
Fakta Atau Auta: Ubat Batuk Pholcodine Memudaratkan Kesihatan Kita. Betul Ke?


Kepada pelanggan yang dihargai,
Dua hari yang lalu, KKM membatalkan pendaftaran ubat batuk yang mengandungi pholcodine berikutan terdapat risiko keselamatan yang dikesan iaitu risiko terjadinya anafilaksis (reaksi alahan teruk yang boleh mengancam nyawa) dengan penggunaan ubat pengendur otot (muscle-relaxant) atau neuromuscular blocking agents (NMBAs)
Berikut adalah bertujuan untuk membantu anda memahami dengan lebih lanjut tentang situasi ini.
- Pholcodine, secara amnya, tidak akan mendatangkan sebarang ancaman kepada kesihatan kita. Ia telah digunakan selama bertahun- tahun malah selamat untuk digunakan oleh wanita hamil. Kanak-kanak juga telah diberi ubat ini tanpa sebarang masalah.
- Masalah timbul apabila ada individu yang telah menggunakan pholcodine, menjalani pembedahan yang memerlukan bius sepenuhnya, dalam masa kira-kira setahun selepas penggunaan produk mengandungi pholcodine. Dalam pembedahan yang memerlukan bius sepenuhnya, pesakit akan diberi ubat pengendur otot(NMBA) untuk memastikan otot tidak menegang ketika pembedahan.
- Apabila NMBA diberikan kepada pesakit yang telah mengambil pholcodine dalam tempoh setahun, terdapat peningkatan risiko untuk mengalami tindak balas anafilaksis.
- Tindak balas anafilaksis adalah sejenis alahan yang teruk dan mampu mengancam nyawa yang jarang berlaku. Kebiasaannya, tindak balas anafilaksis berlaku selepas pendedahan kali kedua kepada alergen yang sama (seperti kali kedua seseorang disengat lebah).
- Badan kita tidak mampu mengenali alergen semasa pendedahan pertama. Tetapi, apabila individu tersebut terdedah kepada alergen yang sama untuk kali kedua, penggera badan akan memberi reaksi dan mencetuskan tindak balas yang berlebihan terhadap alergen tersebut.
- Dalam kes pholcodine, kejadian tindak balas anafilaksis ini sangat jarang berlaku dan agak sukar untuk dikesan. Hal ini kerana, reaksi dalam kes ini melibatkan dua ubat yang berbeza kegunaannya. Walaupun perkara ini jarang berlaku, terdapat banyak kajian saintifik membuktikan bahawa pholcodine merupakan punca kepada tindak balas ini.
- Bagaimana pholcodine boleh mencetuskan tindak balas ini masih belum disahkan lagi, tetapi majoriti saintis telah menyutujui bahawa ia adalah disebabkan oleh persamaan struktur kimia antara pholcodine dan NMBA.
Soalan Lazim
Soalan: Mengapa penarikan balik pholcodine hanya berlaku sekarang?
Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini telah mengeluarkan notis penarikan balik semua produk yang mengandungi pholcodine di seluruh negara berikutan kajian terbaru yang menemui peranan pholcodine dalam tindak balas anafilaksis apabila terdedah kepada NMBA. Buktinya kini cukup kuat untuk menjamin penarikan balik produk yang mengandungi bahan aktif ini.
Soalan: Terdapat banyak ubat di dalam pasaran boleh menyebabkan alahan. Mengapa produk mengandungi Pholcodine ini dipanggil semula?
Pholcodine adalah berbeza daripada ubat lain dalam erti kata bahawa tindak balas anafilaksis yang boleh berlaku adalah teruk dan ianya berlaku semasa pembedahan. Tiada sesiapa yang tahu bilakah seseorang mungkin memerlukan pembedahan. Menurut kajian ALPHO, kesan pra-pendedahan Pholcodine di dalam badan mampu bertahan sehingga setahun dan ini menjadi risiko utama kepada individu tersebut.
Soalan: Apakah yang perlu saya lakukan jika saya telah diberi pholcodine oleh doktor/ahli farmasi saya baru-baru ini?
- Bertenang. Pholcodine tidak mampu merosakkan badan kita dengan sendirinya, dan selagi anda tidak terdedah kepada NMBA, anda dijamin selamat.
- Jika anda bakal menjalani pembedahan yang telah dijadualkan, anda MESTI memaklumkan perkara ini kepada doktor yang bertugas supaya mereka lebih bersedia untuk mengendalikan sebarang tindak balas yang berkemungkinan berlaku akibat daripada pendedahan Pholcodine ini.
- Jangan buang produk yang mengandungi Pholcodine atau sebarang ubat-ubatan melalui saluran yang biasa, kerana ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar. Kembalikan ubat-ubatan yang tidak diperlukan, termasuk produk yang mengandungi Pholcodine, ke CARiNG Pharmacy berhampiran anda. CARiNG Pharmacy boleh membantu anda melupuskan ubat-ubatan yang tidak diperlukan dengan selamat.
Latest Health Info
HPV and You: Why Prevention Matters
What is HPV?Human papillomavirus (HPV) is one of the most common viral infections affecting both men and women. It spreads ...
Gut and Skin: How They Are Related?
Did you know that your gut and skin are connected? The gut-skin axis is the relationship between the microorganisms in ...
Ladies, Let’s Bring Out The Beauty In You
Ladies, Let’s Bring Out The Beauty In You As women juggle the demands of work, family, and personal health, taking ...