- Home
- Health Center
- Health Info
- Bagaimana mengelak adanya ubat melepasi tarikh luput dan ubat yang tidak diperlukan?
Do It Right
Bagaimana mengelak adanya ubat melepasi tarikh luput dan ubat yang tidak diperlukan?
Written By Puan Che Zuraini Binti Sulaiman Ahli Farmasi
Mantan Pegawai Farmasi PPUM

Ubat-ubat yang melepasi tarikh luput tidak boleh digunakan lagi kerana dibimbangi ianya tidak lagi berkesan untuk mengawal simptom. Apabila ubat-ubat ini dan ubat yang tidak diperlukan lagi dibuang ianya boleh mengakibatkan pembaziran dan jika ianya tidak dilupus dengan betul ianya boleh menjejaskan kelestarian sumber air, udara dan alam sekitar.
Oleh itu, pesakit adalah disaran untuk menguruskan ubat-ubat mereka secara berhemah.
Antara pendekatan yang disyorkan adalah seperti berikut:
- Pesakit perlu mematuhi arahan pengambilan ubat seperti yang dipreskrib oleh doktor. Ini adalah kerana jumlah ubat yang didispens kepada pesakit adalah berdasarkan dos yang diperlukan dalam tempoh masa tertentu. Contoh ialah ubat antibiotik. Ianya perlu dihabiskan supaya jangkitan dapat dikawal dan mengelak adanya ubat yang tidak diperlukan.
- Bagi pesakit yang mengalami penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi yang memerlukan ubat pada jangkamasa panjang, anda dinasihatkan supaya tidak menyimpan stok ubat yang banyak. Berbincanglah dengan ahli farmasi mengenai jadual yang sesuai untuk mengambil ubat walaupun doktor memprekrib ubat untuk jangkamasa panjang. Gunakan perkhidmatan pos dan pandu lalu jika ada supaya memudahkan anda mendapatkan ubat anda.
- Bagi ubat-ubat yang digunakan “secara bila perlu”, anda tidak perlu membeli atau mengambil stok baru jika masih ada baki ubat dalam simpanan yang boleh digunakan. Ubat berlebihan mungkin mengakibatkan ubat melepasi tarkh luput jika tidak digunakan dalam tempoh masa yang disyorkan.
- Pulangkan segera ke Farmasi ubat-ubat yang diberhentikan oleh doktor atas sebab-sebab tertentu seperti berlaku kesan sampingan yang teruk atau doktor menukar kepada ubat lain. Ini dapat mengurangkan jumlah ubat dalam simpanan anda untuk diuruskan.
Tags
Latest Health Info
FIFA World Cup 2026: Your Pharmacist’s Guide to Surviving the Late-Night Matches
For Malaysian football fans, the FIFA World Cup 2026 will be a test of dedication. With the tournament taking place ...
The Hidden Price of Sunshine: How to Prevent Premature Skin Aging
Sunshine can brighten your day, boost your energy, and give your skin a healthy glow, but beneath that warmth lies ...
Daily Habits That Support Healthy Ageing Population
In the past, ageing has often been associated with frailty or dependency, along with a burden to society(1). But here’s ...
