HOME > HEALTH CENTER > HEALTH INFORMATION

Jangkitan Yis Faraj?


By Joshua Ng | Malaysia | Tue Jul 24, 2018 4:12pm

Antara gejalanya ialah gatal, berasa tidak selesa, sakit semasa membuang air kecil dan rembesan luar biasa seperti kesan keju putih yang tebal.75% wanita akan mengalami jangkitan yis sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Walau bagaimanapun, ia boleh dirawat. Ubat antikulat sapu luar atau antifungal pesari boleh didapati di farmasi. Sila berbincang dengan ahli farmasi anda untuk rawatan.

Jangkitan Yis Faraj – Bila Masanya Untuk Berjumpa Doktor?
  • Jikalau anda dijangkiti kali pertama.
  • Jikalau anda mengalami kesakitan semasa hubungan seks atau kencing.
  • Jikalau gejala berterusan lebih daripada seminggu walaupun langkah rawatan telah diambil.
  • Jikalau rembesan berwarna kelabu, kuning atau hijau.
  • Jikalau rembesan berbau hanyir.

Jangkitan Yis Faraj – Petua Pencegahan
  • Gunakan bahan pembersih bersifat lembut untuk membersihkan kawasan sekitar faraj sekali sehari.
  • Elakkan perengsa seperti sabun wangi, gel mandian kuat, penghilang bau faraj dan semburan.
  • Elakkan memakai seluar dalam ketat atau pakaian ketat.
  • Pakai seluar dalam berbahan kapas atau sutera yang mudah nafas.
  • Pengidap kencing manis harus memantau paras gula darah.
  • Cuba mengambil yogurt atau probiotik.

Komen pengarang: Jangan ragu untuk memberi komen atau PM jika anda mempunyai soalan lanjut mengenai topik ini. Kami akan cuba menjawab soalan anda.

Reference: http://www.webmd.com/…/vaginal-yeast-infections-topic-overv…

 

 






 

HFMD outbreak: 5 Actions & 8 products available at Caring Pharmacy

By Joshua Ng (Pharmacist, Caring Pharmacy) | Malaysia | Thu Jul 19, 2018 4:27pm

 Read More >
 
 

Fluoride or Fluoride Free Toothpaste

By Joshua Ng (Pharmacist, Caring Pharmacy) | Malaysia | Thu Jul 19, 2018 4:32pm

 Read More >
 
 

6 Supplements to Boost your Child's Immune System

By Joshua Ng (Pharmacist, Caring Pharmacy) | Malaysia | Fri Aug 03, 2018 10:46am

Children are more susceptible to HFMD as children have...Read More >